Tuesday, 18 December 2012

kekasih yang kau tinggalkan...


Sayang,
Cinta ku tidak pernah mengenal noktah,
Walau kau katakan semuanya telah berakhir antara kita,
Cinta untuk mu tetap subur di hatiku,
Kerana hanya kau cintaku…

Sayang,
Walau jutaan kali kau pinta ku melupakanmu,
Tidakkah kau sedar yang aku tak mampu,
Sepertimana tanpa ku sedar hati ini menyayangimu,
Tak bisa jua ku paksa hati untuk tidak menyayangimu…

Sayang,
Setelah onak dan duri kita lewati,
Pahit dan manis kita tempuhi,
Hidup bersama selamanya kita berjanji,
Mengapa perpisahan yang kau pintakan tika ini?


Sayang,
Kenangilah tiap detik kita bersama,
Tidakkah kau hargai semua itu,
Segala yang kita lalui bersama,
Mengapa seperti tiada erti bagimu?

Sayang,
Ku tahu kau jelas akan hatiku,
Tidak sedikit sangsi mencintaimu,
Ku jua tahu hatimu menyintaiku,
Mengapa mesti kau nafikan itu?

Sayang,
Berikanlah perhubungan ini satu lagi peluang,
Kita bina bersama kembali asasnya,
Kita ukirkan bersama destinasinya,
Demi masa depan kita berdua, berbahgia…

Sayang,
Andai tidak lagi kau bisa menerimaku,
Izinkan daku terus mencintaimu,
Bahagiamu ku doakan selalu,
Abadikanlah kenangan kita bersama…

Nasihatku dan pesananku janganlah kau lupakan, kerna ia ikhlas…kerna ku sayangkan kamu..
Sepenuhnya untuk kebaikan mu…

Salam sayang dariku, kekasih mu yang kau tinggalkan…

No comments:

Post a Comment