Wednesday, 12 November 2014

Pabila Cinta

Apa di hati pabila cinta terasa sepi,
pabila asmara tidak lagi sehangat mentari pagi,
pabila rindu seakan berlalu pergi,
adakah tanda cinta itu telah pergi?

Cinta umpama pohon yg segar,
perlu jagaan rapi kerna ianya rapuh sekali,
jangan hanya sekali kau jatuh cinta,
buatlah dia jatuh cinta padamu setiap hari...


Pabila kau rasakan cinta itu kian pudar,
Tanyalah hati ke mana ia pergi,
mungkin kerna kau yang menyepi,
atau cintamu tidak lagi di bajai...

cinta itu umpama bertani,
kerajinan mu menjaga tanaman mu,
menjadi ukuran hasil bakal kau tuai,
namun kadangkala bencana melanda,
segala usaha dan lelah hancur begitu sahaja,
kerna Yang Esa sebaik-baik perancang dan Pelaksana...


jangan kau pernah lelah untuk bercinta,
jangan kau beralah pada halangan  untuk bersama,
Doa, usaha dan bertawakal lah semoga usaha mu berjaya,
menyatu hati dalam ikatan suci,
menjawab ijab menjadi kabul,
memeterai ikatan membina istana bahgia...


Cinta itu tidakkan pernah mudah,
godaan dan ujian akan sentiasa mendatang,
walau setelah dia kau nikahi,
perjuangan mu memelihara cintamu tidakkan pernah selesai....


Wednesday, 24 September 2014

bicara cinta

kata itu bicara,
penzahir apa di minda,
meluah apa yang tercetus,
meledak idea selagi nafas tidak putus...


cinta mainan rasa,
terhasil dari hati dan jiwa,
suka, sayang dan cinta itu berbeza,
ramai yang tersalah dlm mntafsirkan nya...