Tuesday, 18 December 2012

kekasih yang kau tinggalkan...


Sayang,
Cinta ku tidak pernah mengenal noktah,
Walau kau katakan semuanya telah berakhir antara kita,
Cinta untuk mu tetap subur di hatiku,
Kerana hanya kau cintaku…

Sayang,
Walau jutaan kali kau pinta ku melupakanmu,
Tidakkah kau sedar yang aku tak mampu,
Sepertimana tanpa ku sedar hati ini menyayangimu,
Tak bisa jua ku paksa hati untuk tidak menyayangimu…

Sayang,
Setelah onak dan duri kita lewati,
Pahit dan manis kita tempuhi,
Hidup bersama selamanya kita berjanji,
Mengapa perpisahan yang kau pintakan tika ini?


Sayang,
Kenangilah tiap detik kita bersama,
Tidakkah kau hargai semua itu,
Segala yang kita lalui bersama,
Mengapa seperti tiada erti bagimu?

Sayang,
Ku tahu kau jelas akan hatiku,
Tidak sedikit sangsi mencintaimu,
Ku jua tahu hatimu menyintaiku,
Mengapa mesti kau nafikan itu?

Sayang,
Berikanlah perhubungan ini satu lagi peluang,
Kita bina bersama kembali asasnya,
Kita ukirkan bersama destinasinya,
Demi masa depan kita berdua, berbahgia…

Sayang,
Andai tidak lagi kau bisa menerimaku,
Izinkan daku terus mencintaimu,
Bahagiamu ku doakan selalu,
Abadikanlah kenangan kita bersama…

Nasihatku dan pesananku janganlah kau lupakan, kerna ia ikhlas…kerna ku sayangkan kamu..
Sepenuhnya untuk kebaikan mu…

Salam sayang dariku, kekasih mu yang kau tinggalkan…

Friday, 7 December 2012

Bersabarlah hatiku...


Rindu menjadi hampa..
Insan di rindu kini menghilang…
Bagai hilang sinar suria..
Gelita jiwa umpama malam tak bersiang…

Mengapa di runtuh mahligai cinta,
Bersama dibina dari hancurnya jiwa,
Kenapa kini kau berubah rasa,
Bukankah telah kukatakan ku tidak sempurna…

Kasih ku hamparkan, sayang ku belaikan,
Siang dan malam hanya kau di fikiran,
Senantiasa berdoa agar bisa bersatu,
Namun kini impianku membisu…

Cinta kuberikan, segala ku korbankan,
Hanya untukmu wahai sayang,
Namun mungkin ia tidak seperti kau harapkan,
Hanyalah keikhlasan di padang gersang…

Bukan niatku mengungkit segala,
Hanya menzahir rasa kecewa,
Mahligai cinta penuh impian,
Sekelip mata kau menghancurkan…

Mungkin ini sudah taqdirku,
Moga kau berbahgia di masa depanmu,
Doa ku sentiasa bersamamu,
Andai di perlu ku menerima mu sebagai tamu…

Hatiku…usah kau bersedih dan meratap lagi…
Teguhkan dirimu…
Masih jauh perjalanan kita bersama…
Insyaallah…Allah telah menyediakan yang lebih baik untuk kita…
Mungkin bukan disini, namun di akhirat sana…
Hatiku… kau bersabarlah…